Iklan

Followers

Thursday, October 6, 2011

Tarian Jari Terakhir Semester 4

yang bermula pasti akan berakhir.. perjalanan Eim untuk part 4 ini dah pun berubah.. semakin lama semakin banyak yang Eim belajar.. about people around me, about feeling, about relationship, problem and so on.. semua experience itu tak mungkin dapat Eim rase kalau Eim bukan di tempat Eim sekarang ni.. Hmm Dalam part 4 kat UiTM Johor ni..takdalah teruk sangat pun.. paling kurang pun masalah pasal persahabatan..study sudah tentu la kan..hmm...  tetiba rasa sekejap sangat yang part 4 ni dah nak tutup tirai dia.. Eim sebagai pelakon di atas pentasnya perlulah mengundurkan diri buat seketika waktu.. hmm sebelum itu, nak bagitau yang Eim tak dapat kolej untuk sem depan..huhuu... apa pun mengikut nasihat kawan2 Eim buat rayuanlah..sebelum balik semua Eim dah settle kan..hmm now sedang taip entry ni baru je lepas bersihkan bilik sebenarnya.. terlanjur tak ramai orang ni.. gunalah wifi student..boleh tahan laju la.. budak2 ni la yang selalu cakap..kalau hujung sem camni..dah ramai yang balik...wifi jadi laju... :D
sambil taip try dengar lagu feveret artist Eim Bruno Mars- Lighters... best best best...
barang semua dah siap kemas.. dah letak bawah pun.. bilik kawan Eim..bilik yang selalu Eim lepak.. esok parents Eim datang..tinggal masukkan dalam kereta and blah ahahhahahaha....
hmm berakhir sudah part 4 yang boleh dikatakan mencabar juga..pelbagai masalah Eim lalui, pelbagai jenis orang Eim temui.. dan dari situ Eim pandai menilai mana satu kawan mana satu lawan...
bye..bye part4..

Tuesday, October 4, 2011

Fikirkanlah...

Memutuskan Silaturahim; Satu Dosa Besar


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:



”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

                                                                                                                                   Riwayat al-bukhari


Huraian:

i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.






:: credit to someone for the text..




"Friendship with oneself is all-important because without it one cannot be friends with anyone else in the world."
- Eleanor Roosevelt

Tuesday, September 27, 2011

Sebuah Perjalanan Baru...

Hmm.. semangat baru dah datang.. terima kasih pada dia yang dah berikan kata kata kesat yang begitu menyakitkan hati.. dan menyedarkan Eim bertapa bodohnya Eim.. kalau dari dulu lagi Eim dah tahu perangai dia macam tu.. pasti Eim tak pernah mahu mengenali dia.. memang diakui dalam hati Eim ni masih ada lagi sisa kasih sayang untuk dia.. tapi bila di fikirkan balik memang serious shit hahaha… pernah pula dia nak fikirkan mengenai Eim… sekarang Eim akan live my life as before I meet him.. (kembar konon katanya).. alah mudah sungguh rasanya untuk melupakannya.. buat macam tak kenal sudahlah..

 Take on your earphone, turn on the music and run towards your dreams”…
Take, Turn, Run

yeah, music.. musiclah yang menemani Eim biasanya, tak kira la kat mana or Eim buat apa.. kali ni juga Eim berharap Eim dapat buka pintu hati untuk menerima kawan rapat or maybe sahabat lain dalam hidup Eim… Dulu, Eim juga suka bercakap dengan diri sendiri sebelum buat apa keputusan.. dan Eim akan lakukanya sekali lagi.. seperti hidup Eim yang dulu…

Sekarang Eim hanya perlu menumpukan perhatian kepada perjalanan hidup Eim.. Eim takkan sia-sia kan hidup Eim hanya kerana seorang budak kecil… Eim ada semuanya dalam dunia ini.. Eim kena hargai mereka dan Eim tahu hidup Eim akan lebih sempurna dengan adanya mereka.. yang pasti mereka lebih menyayangi Eim.. terima kasih

Eim akan ubah blog ni nanti wat masa terdekat sebab Eim nak mulakan semula hidup Eim.. yela hidup Eim sebelum ini macam mana kan… mmg nak hidup macam dulu tapi hala tuju tetap maju

Thursday, September 8, 2011

Cinta Dan Benci


bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga
tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

sungguh 
aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

Sunday, August 21, 2011

Nak Block..Block la...tapi hati ckp kenapa?? Please jangan..


Nak block block la…hahaha… tak tahu nape kawan Eim ni asyik ulang cakap nak block Eim dalam facebook je.. apa maknanya pun Eim tak tahu.. mungkin dia sengaja nak kenakan Eim.. yela ada kena mengena dengan block mem“block” ni.. siapa lagikan.. kadang-kadang memang annoying.. tapi kalau itu gurauan Eim terima jelah walaupun Eim ade rase sikit sakit hati.. kisah sedih Eim dijadikan bahan lawak pula..tapi oleh kerana diaorang semua kawan Eim, Eim tak kesah.. by the way readers, Eim selalu mengingatkan diri Eim yang kena block ni bukan satu musibah walaupun dari orang yang kita sayang tapi mungkin ada hikmah.. hmmm tapi kadang-kadang terasa juga perasaan negative dalam kotak fikiran ni.. nak tahu apa yang Eim fikir, Eim fikir yang mengapa Eim dan dia lemah sangat..tak mampu pertahankan persahabatan kitaorang..senang sangat musnah..apapun perasaan menyesal kenal dia memang tak pernah ada dalam hati Eim mengenali dia, sebab dia begitu sempurna sebagai teman baik dan Eim dah sia-sia kan dia..dan dia juga dah mensia-siakan Eim..setelah lama cuba pertahankan akhirnya dia letakkan noktah persahabatan itu dengan cara mem “block” Eim dalam facebook..tempat Eim dan dia mengenali antara satu sama lain..memang diakui penat dan lelah bila percubaan sentiasa gagal..tapi demi orang yang disayangi semua itu takkan terasa..dan harus juga diakui sekarang harus Eim tempuhi hidup ini tanpa dia..walaupun bayangan dia selalu ada..harus ku butakan mata namun bukan hati..banyak lagi manusia yang ingin berkawan dengan Eim tapi Eim sepertinya tak mampu nak lupakan dia...kadang-kadang semangat itu ada untuk gunakan orang-orang baru yang ingin mengenali dan berkawan rapat dengan Eim sebagai penganti dia...tapi hmm...biarkan masa menentukannya....Readers, wish me the best...

Readers, Eim nak ingatkan korang semua jagalah sahabat itu sebaiknya mungkin dia yang terbaik untuk korang..dan jadilah sahabat yang sejati tak memilih kondisi..

P/s: Zul sakit hati aku la...now I know how it's feel to be blocked... :'(

Sunday, July 31, 2011

Pantry Oh Pantry.... bila lelaki masuk dapur...


Hmm…walaupun malam ni ialah malam first Ramadhan, Eim bukan nak bercerita tentang Ramadhan tapi kali ni Eim nak story about pantry..kebetulan Eim punya tajuk assignment yang terbaru pun about pantry…kena interview orang mengenai pantry.. hmm…so sebelum tanya orang baik Eim ambil tahu sikit pasal pantry ni kan… takdalah nanti terpingga-pingga…huhuhu..




















Hmm..sebenarnya kat kolej tempat Eim duduk ni dah ada pantry..Cuma Eim je tak pernah nak ambil tahu pasal pantry ni..tapi oleh sebab seorang kawan baik Eim sorang ni nak sangat makan spaghetti Eim pun terjahlah pantry kolej Eim ni…barang-barang masak dah beli kat pasaraya favorite pelajar-pelajar UiTM Johor, iaitu Billion, Upwell, Nirwana…huhu sume pasaraya kami masuk..lepas test yang membuat Eim rase tertekan je terus kami pergi beli..hmm Eim and the gang sume dah prepare diri masing-masing nak pergi berperang kat pantry hahaha..hmm…kat pantry tu masing-masing kecoh..tragedi pertama yang funny ialah bila nak hidupkan api..tertanya pada diri masing-masing kenapa asyik tak boleh hidup je..rupa-rupanye kepala gas tu tak pasang hahahaha…yeyer je dah letak periuk.. hmm kiteorg masak spaghetti and ayam panggang..kebetulan kat pasar ade sales ayam…murah je..hmm spaghetti kawan Eim yang lagi sorang tu lead.. Eim lak prepared recipe untuk ayam je..takdalah recipe sangat pun..cume letak maggie cukup rasa je hahaha…kan mudah hahaha…tp semua tak tahu..yang kawan-kawan Eim  tahu sedap hahaha..pastu kejadian seterusnya apabila kawan Eim lagi sorang basuh ayam yang Eim dah perap …hahaha masing-masing tercengang dengan tindakkan dia dan dia buat muka tidak bersalah dia hahaha…pastu ade pulak kejadian pembunuhan..jangan terkejut pulak..pembunuhan lipas je…terkejut Eim, lipas tu boleh main cak cak pulak tu..kawan Eim geram dia pijak terus…hmm..walaupun dengan pantry yang x completed tapi masakan kiteorg mmg menjadi sangat.. turun bawah dengan periuk…bersila rapat masing-masing makan..huh quite delicious hehehe…puas sangat..bagi skit kat roommate..hmm..(walaupun yang makan diam je..tak cakap apa.. Eim tahu yang korang nak cakap sedap tapi korang malukan ahaha) sebelum tangan ni berhenti menaip Eim nak ucapkan selamat berpuasa kat semua pembaca blog Eim ni..terima kasih atas sokongan…

Monday, July 4, 2011

Bebas



pernah dulu Eim bagi tahu pada kawan-kawan Eim yang bila masuk saja part4 Eim akan Bebas..kenapa yer??.. hmm untuk pengetahuan semua..tema untuk diary digital Eim juga Bebas..apa yang bebas?? ok Eim akan ceritakan.. bila saja masuk part4.. first Eim punya lesen dah fulled.. bukan lagi trial punya lesen yang make us to stick the P sticker on our car when we drive..it's so awkward.. :P yarkkk!!! ahahaha..pastu dalam hal study pulak..Eim dah grad subject CTU and grad KO itu membuatkan Eim boleh focus lebih sikit pada subject yang lebih penting..yang paling penting dalam Bebas tu ialah..Eim cuba untuk jadi seorang yang boleh membuat pilihan untuk kehidupan sendiri.. maksud Eim choose what we really want..hidup kita kan biar kita yang pilih apa yang kita mahukan.. corakkan hidup sendiri..untuk semester ini Eim berharap sangat yang Eim dapat memilih apa yang betul..apa pun kita harus berani.. bagi Eim tiada siapa yang dapat memilih apa yang kita mahu sebab bila difikirkan semula, itu hidup kita..kita yang akan laluinya..kita yang akan terima setiap dari apa yang kita pilih..kita Bebas lah.. ahahaha.. kehidupan sentiasa bergerak..setiap masa dan ketika kita akan laluinya..semuanya mengikut dgn apa yang kita pilih..pernah tak korang berada dalam satu situasi bila korang perlu membuat pilihan..hmm ketika itulah korang punya keBebasan untuk memilih itu diuji..setiap pilihan membawa kepada hasil yang berbeza untuk masa akan datang..tp walau macam mana bebas sekali pun kita..dugaan pasti akan datang..jadi fikirkan sebaiknya..dalam hidup Eim utk semester ini Eim masih lagi bersama kawan kawan Eim mengejar impian di ruangan yang tersedia di UiTM, Johor ini..semoga saja semester ini akan jadi lebih baik dan lebih Bebas...dan gunakanlah keBebasan anda semua sebaiknya..ingat kita semua Bebas memilih dan menentukan hidup kita sendiri..salam permulaan keBebasan..
Teman dan sahabat yang sentiasa ada untuk Akihiro
p/s: entry ini juga ada kaitan dengan kembar Eim yang mengajarkan Eim untuk membuat pilihan sendiri... Love You... 



Friday, June 24, 2011

Bukan 1001 Alasan

dalam hati tertanya-tanya perlukah Eim tuliskan perkara yang buruk berlaku dalam hidup Eim dalam ruangan yag terindah ini..mungkin patut sebab Eim tak mampu nak simpan..sorry kalau ada yang tersakit hati dalam entry ini..andai kata perkataan sorry itu pun membuatkan org marah baiklah diam saja.. Eim terpaksa hold dulu entry bertajuk Bebas..sebenarnya dah siap tapi entry ini lagi penting mungkin...biarlah entry ini dulu Eim postkan..
cerita yang ingin Eim nak ceritakan ini mungkin menguris hati mana pihak..tapi mungkin dapat meleraikan permasalahn yang membelenggu..biarlah Eim tuliskan disini sambil ditemani air mata.. cerita ini dah pun di pendekkan.. untuk dia kalau dia bacalah : untuk seorang sahabat, seorang kembar, seorang adik, seorang yang memahami, seorang yang dikasihi, seorang yang dirindui, seorang yang pernah ada hati, seorang yang kini menjauhkan diri, seorang yang kini tak mampu ku hadapi..sebuah penyesalan yang bukan 1001 alasan..dan mengharap balasan..

Time makan kat LIBB
Bermula
Bukannya Eim ni jenis melayan sangat budak part1 masa LIBB tu..tapi tak tahu macam mana boleh melekat pula seorang budak ni dengan Eim.. Eim tak kesah sangat la..hubungan persahabatan kiteorg mmg baik..mungkin sebab persamaan kiteorg la..kiteorg sesama minat gadjet and technology.. paling best nama kiteorg seakan sama..that’s why kteorg jadi kembar..hmm..mmg pada awalnya dia yang lebih menunjukkan yang dia care pasal apa apa saja hal kami berdua..dan Eim macam tak kesah sangat..(dulu Eim pernah ada seorang adik angkat, tapi adik angkat Eim tu mengecewakan Eim, sebab die tunjukkan diri dia suci sangat masa awal pengenalan, rupa-rupanya dia tak sebaik yang dia sangka, tapi Eim tak boleh nak lepaskan dia sebab dah sayang, pastu rasa takut nak rapat dengan mana- mana orang lagi).. Hubungan Eim dengan kembar memang baik, sama- sama menjaga diri masing-masing. Movie pertama kteorg ialah Narnia, walaupun masa tu dia nak sangat tengok cerita Ngangkong. Hmm walaupun saat itu Eim demam tapi Eim tetap pergi bawa dia pergi Cineplex..kteorg selalu chattin kat FB..selalunya dia la yang akan hantar chat dulu..kalau Eim tak online dia akan sms suruh Eim online.. Eim pun online la temankan dia malam-malam sampai dia rasa nak tidur.. kalau merajuk dia akan susah hati (padahal tak merajuk pun just nak kenakan dia,hahaha) Eim masih simpan sms dia pujuk Eim..kelaka dapat kenakan dia..ketika itu memang Eim dah rasa sayang kat dia, tak tahu macam mana perasaan itu datang, mungkin sebab dia baik and caring. Dan Eim pula takda adik lelaki yang boleh share benda yang Eim buat (bosan). Dia sangat menjaga persahabatan ini. Permulaan yang cukup indah dengan memori yang terindah. Dari pada Eim tak kesah langsung pasal apa apa, dia buatkan hati Eim terbuka.

Mula Retak..
Cuti sem dah nak berakhir, dia masih lagi belum dapat keputusan kolej, Eim risau kalau dia tak dapat kolej.. skrg Eim pula yang lebih memulakan sesuatu.. Eim selalu sms dia masa dah nak naik semester..tapi dia reply macam nak tak nak saja. Dalam FB dia dah takda anta chat lagi kat Eim sperti ketika cuti sem.. hari pertama kuliah, Eim terserempak dengan dia, dia say hi, dan itu menenangkan hati Eim sbb Eim tahu dia masih lagi sahabat Eim..tapi bila dia semakin macam lupakan Eim , Eim rasa sakit hati.. apa saja yang Eim ajak dia tak boleh buat, yang paling sakit sekali tempat kiteorg selalu lepak dulu iaitu FB, kalau dulu pantang online mesti akan chat tapi dah tak lagi..(dulu Eim pernah bagitahu dia, lepas ni mesti dia dah tak perlukan Eim lagi) nampaknya gambaran itu semakin jelas umpama mimpi ngeri yang semakin hampir tiba. Eim teringat kan kisah adik angkat Eim yang dulu, macam macam benda bermain di kepala Eim, Eim mula rasa yang Eim patut menjauhkan diri dari dia. Mlm MPKP, lepas bagi ucapan mengenalkan kelab Eim, Eim keluar, Eim tak sangka yang dia ada kat luar, dan dia adalah exco kelab yang Eim nak sangat masuk (PH****)maybe sama sebab minat kteorg sama.. dia tegur Eim kat luar, Eim buat tak layan sebab Eim takut akan menyakitkan hati Eim sebab tujuan Eim untuk melupakan dia perlahan-lahan. Eim selalu mengadu kat kawan kawan masalah Eim dengan dia, Eim selalu menyalahkan dia, Eim selalu tanya kenapa persahabatan kteorg yang dulu dia sangat dijaga kini macam dah tak ambil kesah. Eim makin jauh dan makin jauh dari dia. Dia pun tak cuba nak kembali jernihkan apa yang dah keruh. Awan persahabatan kini lenyap. Dan Eim semakin benci kat dia tapi Eim bukan mudah untuk melupakan sahabat yang Eim dah sayang, inikan lagi bila dah ber “title” kembar..tapi Eim terpaksa buat semua ini untuk jaga hati Eim sendiri, bila kembar yang dulu sudah lupa menjaga hati Eim.
Menyesal
12:00 am Malam yang membuat Eim menyesal sangat.. malam itu Eim chattin kat FB dengan seorg kawan rapat Eim since part1 dia pun kenal kembar Eim tu.. Eim ceritakan masalah Eim kat dia, pastu dia buka cerita yang Eim tak pernah pun tahu pasal kembar Eim tu. Dia bagi tahu yang kembar Eim tu tak pernah nak ada siapa siapa dalam hidup dia sebab dia rapat dengan arwah atuk dia. Dan dia memilih Eim untuk menjadi sahabat rapat dia.( betul atau tak Eim tak tahu). Kali ini kawan yang selalu berada dipihak Eim seperti bertukar tempat berpihak pada kembar Eim. Dia cakap yang mungkin kembar Eim tu nak rapat dengan Eim tapi Eim yang tak layan dia sebab tu dia dah tak peduli. Saat itu Eim rasa bersalah sangat. Memang menyesal buat orang yang Eim sayang macam itu. Tapi tak tahu la macam mana lagi harus Eim buat. Jiwa Eim kacau sangat. Untuk menghilangkan rasa bersalah dan kecewa Eim itu, Eim terpaksa lupakan dia, dan dia tak pula cuba berbaik dengan Eim.. kisah kiteorg berterusan macam ni..jumpa tak bertegur, bertemu cuba mengelak, mengelak dari cuba berjumpa..
December
Eim dah tak mampu nak tengok muka dia lagi..bila bertentang Eim nak sangat bercakap dengan dia tapi seperti ada sesuatu yang menghalang Eim dari melakukan itu. Rindu sangat dengan dia. Eim kalau bercerita dengan kawan kawan Eim pasal dia mesti menyebut nickname dia yang Eim bagi iaitu “DECEMBER”.. nape december sebabnya Eim mula kenal dia masa bulan december. Lagu yang korang semua dengar ni adalah cara Eim minta maaf dari dia, Eim siap suruh penyanyi kegemaran kteorg nyanyikan lagi Back To December” by Taylor Swift (hahaha melawak jap)..mmg lagu inilah yang Eim selalu dengar dan buat Eim teringat kat dia. Lagu mengenai penyesalan Eim… kembali pada cerita tadi yer.. Eim dah makin lupakan dia, maybe sebab busy sikit dengan usaha Eim yang nak naikkan pointer yang dah jatuh masa part2 hehe..so part3 ni memang Eim usaha lebih..walaupun busy Eim ada jugalah teringatkan dia. Tamat final exam, cuti semester, cuti kali ini memang betul betul mengingatkan Eim pada dia.. sebab masa cuti sem lepas la kiteorg kenal dan selalu berhubung melalui FB tp kali ni tak..so Eim pilih utk pergi LIBB kali kedua supaya Eim boleh lupakan kenangan manis cuti semester lepas…
Tak Sangka..
Eim dah naik part4, Eim dah tak jumpa pun dia lagi..Cuma kadang kadang je teserempak tapi dari jauhlah..kadang kadang dekat pun rasa jauh. Hmm…semester ni memang bermula dengan baik.. hmm sampai hari semalam iaitu 24/6/11 (jumaat) yang Eim takkan pernah lupakan.. Eim ber ‘sms’ dengan sorang komander ni (yang Eim kenal masa pergi Melaka dengan Teman-komander libb dan budak budak CS part3). Komander ni nama dia Jija. Jija bertanyakan Eim macam mana boleh berkembar dengan dia( twin Eim) terlanjur pula satu course, Eim pun cerita je la tak la penuh, pastu dia ada suruh turun band room..memang waktu itu KO budak part3, so Eim memang pilih untuk tidak turun.. bila Jija tanya kenapa, Eim cakap jujur yang Eim ada krisis sikit dengan kembar Eim tu. Then, Jija cuba nak betulkan keadaan, Eim just suruh Jija kirim salam n minta maaf kat dia tapi dia balas satu ayat yang membuatkan hati Eim berangin, (walaupun waktu tu tengah melepak kat café baru campus ni..kat situ mmg bernagin just sikit je..tapi bila baca saja sms itu terus angin kuat)…dia balas “sudah la.. x yah nk bg 1001 alasan..” Eim minta maaf dan kirim salam tapi itu yang Eim dapat.. memang down and sedih gila masa tu.. Jija cuba tenangkan Eim. Malam tu meeting MTU, Eim sengaja buat buat ceria depan kawan kawan Eim, sebab tak adil la kan kalau Eim bersedih ketika bersama dieorg, walaupun hati Eim ni sedih gila gila..lepas habis meeting MTU sektor A kolej Eim, Eim pergi café NR tu lepak dengan Jija..Jija asyik cakap Eim nak nangis je malam itu, memang..tapi Eim tahan je la kan..takkan nak nangis depan dia..Jija bagi handset dia kat Eim suruh baca apa yang kembar Eim hantarkan kat dia. Eim bacalah. Dari apa yang Eim baca tu Eim cuma dapat buat conclusion yang dia tak perlukan Eim lagi..dia malas nak fikir..sedangkan Eim tengah bersedih.. dia cakap Eim tak pernah nak balas sms dia?? mana ada sms dari dia.. Sedangkan dia yang tak balas chat Eim masa Eim tanyakan result exam dia... kalau dulu result dia ok ke tak ok ke dia tetap akan share ngan Eim.. sekarang masalah yang dulunya hampir saja lenyap dari kehidupan menjelma semula.. Eim tak salahkan Jija sebab bangkitkan isu ni tapi Eim……Eim tak tahu sekarang…yang Eim tahu Eim tengah down gila..siapa yang boleh bantu Eim.. Cuma dia yang boleh paksa Eim buat apa saja……Eim nak dia tahu ini bukan 1001 alasan……. Apa lagi yang harus Eim lakukan.. bagi semua memang tak adil korang semua baca ni sebab ini hanya dari pihak Eim saja.. mungkin dia yang betul, Eim yang salah..apa pun Eim masih sayangkan kembar Eim..sebab itu kat FB Eim tak pernah buang gambar dia kat wall Eim as my twin.. tapi kalau keadaan memaksa mungkin Eim akan buang juga tapi Eim tak nak…..

__emotional unstable__


Bersama semua peserta LIBB

Tuesday, June 21, 2011

Rusted....

Wazzup...da lame tak update ruangan ni..dah rusted ahahaha..bukan apa sem lepas rasa malas sgt nak update.. sebab eim busy dgn study..semester lepas kena letak exra effort sikit sebab nak naikkan pointer...and eim  berjaya..lagi pula eim lebih suka tulis kat diary digital eim..dalam diary tu semua benda yang terjadi dalam hidup eim, eim akan tulis..rasa malas nak update blog ni masih lagi ada...tapi oleh sebab eim terbaca satu blog..blog budak campus eim gak..student Diploma in Computer Science.. blog dia amat sincere.. apa yang ditulis memang hasil dari hati dia..hmm mulai arini kalau eim tak sibuk..eim akan update blog ni... bukan followers yang eim nak..tp experience yang eim nk kongsi kan...since eim tak tahu apa nak cerita untuk kali ni..eim just nak recapped balik semula..apa yang jadi dalam hidup eim sekarang... hmm eim dah masuk Part4 , eim punya study gettin well...skrg eim stay kat bilik SR145..dulu mmg eim duk GF..tp skrg dah naik 1st floor..tapi selalu juga lepak kat bilik GF, since kawan-kawan rapat eim semua ada kat bawah..lagi satu memang kalau kat bawah tu senang sangat nak study..calm je..kalau ikutkan dah hampir sebulan eim masuk ke semester 4 ni...apa yang berlaku...semuanya masih lagi menunggu disetiap penghujung masa yang berlalu..jumpe eim dalam enrty yang akan datang...banyak yang eim nak cerita..coming soon mengenai "Kasih Sayang" dan "Bebas"...

Friday, February 11, 2011

Friendship part 2


Ada petikan dari sebuah drama bersiri lakonan my favorite artist.. "betul cakap Tajol yg lelaki dgn perempuan memang tak boleh jadi best friend"…hmm korang penah tgok tak cite ni..Eim paling suke cite ni..sebab suitable la dgn lifestyle as teenager ,student and menceritakan about friendship...Conflict or problem that almost all teenagers will go through... : ) …sometimes ape yg dialog tu ckp mmg betul pabila salah seorg itu fikir lebih dari seorang sahabat..tak boleh nak salahkan sesiapa..sebab itu perasaan yg mungkin hanya org itu tahu..But it must be so disappointed when he/she find out that kwn die tu hanya anggap die macam sahabat je.. Sometimes juga perkara ni boleh menghancurkan sesebuah friendship… ape yg boleh dilakukan…act like usuall…not like an ANGEL…yela kalau berterusan memang kite terpaksa pay dgn lost one of the sahabat n menghancurkan satu friendship yg dah terjalin.. Kenalkan kwn2 rapat Eim yang girls even tak ramai..hehe..

Mas, Noria, Qarl, Najah, Nisa, Hana 

From left: Mas, Qarl, Najah, Hana and Noria (duduk)
Kawan sekolah Eim..rasenya ade yg kenal since form1 kot.. dieorg ni best sume best la… Noria paling kecoh dgn diri die yg mmg sedia kecoh… Mas senyap aje tp kadang cam gangster tak padan dgn orgnye yg kurus melidi.. Najah..actually kenal dari umur 7 tahun…mase tu my family rented her grandfather house..sebelah je rumah grandfather die..selalu die dtg umah atuk die..so dari situ kenal but not so close just nmpk2 camtu je…betul x Najah?? Hehe :P.. Qarl orgnye ala2 sopan..her dad is ustaz so die pun ala2 ustazah…mmg baik..nak marah pun tak pandai..merajuk mungkin berjaya kot.. Nisa hmm…ratu cantik dlm class mase skolah…dak2 laki suke kacau die..Eim start rapat dgn die since form 4 kot.. kiteorg wat art project sesame…ingat lagi kteorg naik moto sesame..die terjerit2 smbil pegang die punye art project tu..hahaha…kdg2 timbul gossip pasal kteorg sbb rapat sgt..tp Eim peduli ape..sbb ni kan friendship… :D Hana kwn baik juga pade Qarl..so die lebih kurang je dgn Qarl..die lemah lembut dan baik..same juga marah tak pandai tp bile muka die merah cam nak cry tu..ha..takut beb..
Dan Eim proud..
Sebab sume kawan2 Eim nampaknya seperti akan berjaya dlm hidup dieorg…kalau tak salah la..Noria-Pharmacy (ade gak faedahnya utk Eim nnt..haha).. Mas-Senibina (boleh tolong bina Bungalow utk Eim yg pasti FOC)..Qarl-Education (ha..ni kurang gemar..tp mungkin die yg akan jadi guru pada anak2 Eim nnt..pergh..jgn garang2 ye)..Najah-Hartanah (ni org kaye ni..mesti da byk da harta tanah yg die dpt..) Nisa-Culinary (ha..ni best, boleh suh die jadi maid kat umah Eim..mesti da pandai masak skrg ni).. Hana- Office Law (yeke xpasti..tp die boleh jadi cleaner tak pun Security =Mak Guard kat office Eim nnt)..
Sorry kengkwn..gurau2 je..ambik la hati nnt korang tak boleh hidup pulak without hati.. :P




Fieda and Mas

Me with Fieda
Ni pulak kawan perempuan yg Eim kenal kat UiTM Johor ni..rapat tak berape rapat tp dieorg la yg paling Eim rapat..  Fieda..Act like a stepmother.. ade je yg tak kena..die ni mmg garang semacam..tp tu yg buat Eim suke kacau die tu.. rase Fieda ni boleh jadi Komander la…haha… tp sebenarnye die baik..mungkin style die macam tu  :P Mas..kwn pade Fieda juga..baik lemah lembut…ala2 ustazah..selalu mengenakan tudung labuh…sopan..tp kdg2 cam samseng gak…baik hati dan senang nk mengadu pade die…pada luaran die nmpk ok tp dalaman hanya kwn rapat die yg tahu..kalo ade pape Eim mengadu dgn die je..since die pun byk nasihat…

Zul and Mas
Akak2 seniorku
K.long(Shikin), Qiqi, Naz, Ani, Mummy 

Takde la akak sgt…sebaya kot haha..Eim kenal dieorg melalui senior Eim yg juga roommate Eim mase part 1.. dieorg mmg best sempoi..selalu buat trip Eim akan follow la..dieorg ni kelaka sumenye..K.long(Shikin)seorg yg baik, lemah lembut, ciri seorg akak mmg ade pd die..babtu die jd k.long..couple lak dgn roommate Eim, Hafiz (abg.long)..Qiqi..haha..suare die mmg klaka..mcm xnk kuar aje..suke kacau die sbb suare die..nnt die marah hai…mcm xde effect je..wawawa…Naz..hey jgn main2 dgn Naz..die ni gangster tau tak kire org die belasah..haha..gurau je..die mmg tegas kot n yg pasti dlm tegas2 die tu..ade juga sikit taman dalam hati die tu…cume org2 senasib je yg tahu..hihihi.. Ani..ala mak datin style die tau…blink2 haha…die pun ok baik juga…n yg bestnye die tak penah nk berhenti bercakap..ade je modal..hohoho…Mummy..Eim kenal die pun melalui akak2 senior ni la..mummy ni baik..bg nasihat time diperlukan..ke mummy berlakon je..(ha mummy..ngapain dong..sok suci haha)..






Wednesday, February 9, 2011

Friendship...

some people anggap kawan tu macam family..some of the friends juga kadang-kadang boleh jadi enemy..
tp bagi Eim macam mana pun kawan tu tetap berharga..sebab setiap kwn yg Eim ade mempunyai attitude yg berbeza..hmm tu yg best..Eim juga seperti org biasa..pernah rasa sedih dalam friendship..Eim nk share kat sini...kenalkan kwn rapat Eim..(boys..next will be girls lak..)

-Abdullah-
..."Kawan sekolah Eim yg paling rapat ngan Eim since form 1..selalu wat Eim hepi dengan lawak2 die..die ni kalau dgn org lain malu or segan sket tp kalau dgn Eim die dah biasa tu yg nmpk diri die yg sebenar..die low profile..jenis yg tak kesah ape org nk ckp..slambe je..haha..Kteorg always hang out sesame..kalo ade prob mesti sng nk story..melawak..bercerita n mengumpat..hihi bersame la"..
Edmund n Me


-Edmund-
..."even we're different but we're same...itu la dia seorg sahabat baik Eim yg berlainan agama tapi mempunyai friendship yg cukup erat..kenal since form 2..seorg yg berketurunan Chinese tp faham dgn kehidupan org melayu..bercite2 tinggi..high maintenance..perancangan hidup yg tersusun..byk idea hidup..alternatif hidup bila masalah dtg..senang bercerita masalah dgn Eim..Enjoy hidup bersama..byk juga activities yg Eim jalankan bersame die…lebih kpd hiburan remaja tp still berbatas ok"..


this is Khairul a.k.a Pak Cik in English "Uncle"
-Khairul-
..."friendship Eim yang first Eim jumpe kat UiTM Johor ni…dan terus menjadi kawan baik..die ni seorang yg  matang dan penuh ngan idea..die da macam abang Eim kat sini..sume masalah Eim die tahu..baik..selalu bg advise or cadangan utk kebaikan Eim..kalau ade pape mesti die ingat kat Eim..tak kira bende ape skalipun..kalau Eim mintk ape2 pun die bg (especially coklat cadbury..TQ..PakCik)…walaupun kadang-kadang die selalu menyakat Eim..selalu ingatkan Eim benda yg Eim terlupe terutama information tentang study n college..Kiteorg selalu bersependapat dan membuat keputusan bersama..pape perkara sekalipun kteorg akan share same2 dulu sebelum share ngan org lain… dan ade minat dan daya kreativiti yg same…agaknye kalau ade pojek kreativiti yg melibatkan kjesame kteorg sure meletup gile2..kan3…BoOo0M..hahahaha"...




-Fahmi-
..."Kawan yg ntah macam mane Eim boleh kawan dgn die..die ni selalu ingatkan Eim supaya pegi kelas cepat2…sampaikan die sggup sms tipu Eim yg lecturer dah sampai…seorang yg bercita-cita tinggi..selalu bercerita pasal hal study..kalau ape je pasal study die mmg bersungguh2..tapi die ni suka ckp kuat2..so tak boleh nk mengumpat sgt dgn die ni..huhu..(sorry SC)..selalu ajak Eim g mane2 pun..selalu aje mengalah dengan Eim..biasenye selalu ade dgn Eim..die akan bgtau pape2 perkare yg kire menakjubkan org lain wat kat Eim..biasenye zul la bhn nye…Kiteorg selalunya akan tngok muka sesame sndiri pabila ade org sekeliling buat perkara yg pelik..pastu ketawe..bercerite hal sekeliling.."...




Inilah "friendship"... From left: Me, Syah, Zul, Fahmi and Alim


-Zul-
..."Orang ramai ckp die pelik..tapi xla pelik sgt..die baik..kawan yang setia..kalau ade pape die selalu bgtau Eim…seorang yg boleh buat sesuatu tanpa bantuan…selalu ade dengan Eim…best kawan ngan die…senang nk cerita pape je..selalu menyampaikan information yg tak sampai kat Eim..kadang2 ade je cite yg die bwak...selalu tanye soalan yg die dah tahu jawapan..kalau Eim buntu die mesti ade idea..Eim lebih selesa ngan die sbb die yg selalu dengan Eim…Selalu berborak ngan die pasal hati dan perasaan..topic ni yg selalu jadi bahan kteorg…nk cerite problem pun senang…kawan yg memahami Eim..selalu study ngan die"..

-Syah & Alim-
..."bile kemana mesti bertige..bile hilang satu cam org bute hilang tongkat..mereka berdua mmg baik dan paling memahami siapa Eim..sebab dieorg tahu ape yg Eim fikirkan..selalu kiterog pergi class sesame..yg kelaka dan bestnye bile bertiga ni..bile 2 org bergado..yg 1 org lg akan cuba baikkan 2 org td ni..sorg pelawak..sorg selamber..dan sorg cepat taching"...

Yang 2 thumbs up tu la Khairi aka Tenet
-Khairi-
..."entah mungkin sbb serasi nk share problem sesame n nak tuju cita2 yg searah dengannya..die dgn Eim boleh berkawan baik tanpa diduga...setiap kali ade masalah..die jumpa Eim..Eim tak kesah sebab Eim pun ceritekan kisah Eim kat die..die pun byk menyokong Eim..kiteorg suke jadi org yg one step in front of others"..


-_z _ _-
..."Eim ade seorg kwn yg eim da anggap cam twin..minat kteorg same..tp oleh kerana pengalaman dulu Eim takut nak teruskan persahabatan dengan A..Eim layan die dgn buruk just supaya die boleh buat benda yg sama Eim buat..Sbb eim xnak dia baik ngan Eim..tp akhirnya Eim yg sedih sebab melepaskan seorg sahabat yg cukup sempurna pada Eim..skrg A dah menjauhkan diri dari Eim..Eim try to pulihkan semula friendship kteorg tp Eim failed n terus Eim terpaksa lepaskan dia..confession Eim mintak maaf dgn die..Eim gagal dlm friendship ni.''...



"Waktu yang singkat akan lebih bermakna jika di isikan dengan sempurna
teman baru boleh menjadi sahabat walaupun baru sekali tangan berjabat
luka yang pedih akan segera terubat dengan gelak tawa yang buat teringat
ini semua kerana kita sama tidak membezakan antara diri dan jiwa kita
senyuman yang ikhlas buatkan kita yang di lautan rindu tak akan lemas
kenangan telah di lakar tidak mungkin padam sebaliknya sentiasa mekar
friendship 
alangkah indahnya andai saja
detik ini takkan menjadi kenangan
namun kekal terjadi dalam kehidupan"
                                              "originally composed by Azim Alden"



Advertisment