cerita yang ingin Eim nak ceritakan ini mungkin menguris hati mana pihak..tapi mungkin dapat meleraikan permasalahn yang membelenggu..biarlah Eim tuliskan disini sambil ditemani air mata.. cerita ini dah pun di pendekkan.. untuk dia kalau dia bacalah : untuk seorang sahabat, seorang kembar, seorang adik, seorang yang memahami, seorang yang dikasihi, seorang yang dirindui, seorang yang pernah ada hati, seorang yang kini menjauhkan diri, seorang yang kini tak mampu ku hadapi..sebuah penyesalan yang bukan 1001 alasan..dan mengharap balasan..
Time makan kat LIBB |
Bukannya Eim ni jenis melayan
sangat budak part1 masa LIBB tu..tapi tak tahu macam mana boleh melekat pula
seorang budak ni dengan Eim.. Eim tak kesah sangat la..hubungan persahabatan
kiteorg mmg baik..mungkin sebab persamaan kiteorg la..kiteorg sesama minat
gadjet and technology.. paling best nama kiteorg seakan sama..that’s why kteorg
jadi kembar..hmm..mmg pada awalnya dia yang lebih menunjukkan yang dia care
pasal apa apa saja hal kami berdua..dan Eim macam tak kesah sangat..(dulu Eim pernah
ada seorang adik angkat, tapi adik angkat Eim tu mengecewakan Eim, sebab die
tunjukkan diri dia suci sangat masa awal pengenalan, rupa-rupanya dia tak
sebaik yang dia sangka, tapi Eim tak boleh nak lepaskan dia sebab dah sayang,
pastu rasa takut nak rapat dengan mana- mana orang lagi).. Hubungan Eim dengan
kembar memang baik, sama- sama menjaga diri masing-masing. Movie pertama kteorg
ialah Narnia, walaupun masa tu dia nak sangat tengok cerita Ngangkong. Hmm walaupun
saat itu Eim demam tapi Eim tetap pergi bawa dia pergi Cineplex..kteorg selalu
chattin kat FB..selalunya dia la yang akan hantar chat dulu..kalau Eim tak
online dia akan sms suruh Eim online.. Eim pun online la temankan dia
malam-malam sampai dia rasa nak tidur.. kalau merajuk dia akan susah hati
(padahal tak merajuk pun just nak kenakan dia,hahaha) Eim masih simpan sms dia
pujuk Eim..kelaka dapat kenakan dia..ketika itu memang Eim dah rasa sayang kat
dia, tak tahu macam mana perasaan itu datang, mungkin sebab dia baik and
caring. Dan Eim pula takda adik lelaki yang boleh share benda yang Eim buat
(bosan). Dia sangat menjaga persahabatan ini. Permulaan yang cukup indah dengan
memori yang terindah. Dari pada Eim tak kesah langsung pasal apa apa, dia
buatkan hati Eim terbuka.
12:00 am Malam yang membuat Eim menyesal
sangat.. malam itu Eim chattin kat FB dengan seorg kawan rapat Eim since part1
dia pun kenal kembar Eim tu.. Eim ceritakan masalah Eim kat dia, pastu dia buka
cerita yang Eim tak pernah pun tahu pasal kembar Eim tu. Dia bagi tahu yang
kembar Eim tu tak pernah nak ada siapa siapa dalam hidup dia sebab dia rapat
dengan arwah atuk dia. Dan dia memilih Eim untuk menjadi sahabat rapat dia.(
betul atau tak Eim tak tahu). Kali ini kawan yang selalu berada dipihak Eim seperti
bertukar tempat berpihak pada kembar Eim. Dia cakap yang mungkin kembar Eim tu
nak rapat dengan Eim tapi Eim yang tak layan dia sebab tu dia dah tak peduli. Saat
itu Eim rasa bersalah sangat. Memang menyesal buat orang yang Eim sayang macam
itu. Tapi tak tahu la macam mana lagi harus Eim buat. Jiwa Eim kacau sangat. Untuk
menghilangkan rasa bersalah dan kecewa Eim itu, Eim terpaksa lupakan dia, dan
dia tak pula cuba berbaik dengan Eim.. kisah kiteorg berterusan macam ni..jumpa
tak bertegur, bertemu cuba mengelak, mengelak dari cuba berjumpa..
December
Eim dah tak mampu nak tengok muka
dia lagi..bila bertentang Eim nak sangat bercakap dengan dia tapi seperti ada
sesuatu yang menghalang Eim dari melakukan itu. Rindu sangat dengan dia. Eim kalau
bercerita dengan kawan kawan Eim pasal dia mesti menyebut nickname dia yang Eim
bagi iaitu “DECEMBER”.. nape december sebabnya Eim mula kenal dia masa bulan
december. Lagu yang korang semua dengar ni adalah cara Eim minta maaf dari dia,
Eim siap suruh penyanyi kegemaran kteorg nyanyikan lagi “Back To December” by
Taylor Swift (hahaha melawak jap)..mmg lagu inilah yang Eim selalu dengar dan
buat Eim teringat kat dia. Lagu mengenai penyesalan Eim… kembali pada cerita
tadi yer.. Eim dah makin lupakan dia, maybe sebab busy sikit dengan usaha Eim yang
nak naikkan pointer yang dah jatuh masa part2 hehe..so part3 ni memang Eim usaha
lebih..walaupun busy Eim ada jugalah teringatkan dia. Tamat final exam, cuti
semester, cuti kali ini memang betul betul mengingatkan Eim pada dia.. sebab masa
cuti sem lepas la kiteorg kenal dan selalu berhubung melalui FB tp kali ni
tak..so Eim pilih utk pergi LIBB kali kedua supaya Eim boleh lupakan kenangan
manis cuti semester lepas…
Tak Sangka..
Eim dah naik part4, Eim dah tak
jumpa pun dia lagi..Cuma kadang kadang je teserempak tapi dari jauhlah..kadang
kadang dekat pun rasa jauh. Hmm…semester ni memang bermula dengan baik.. hmm
sampai hari semalam iaitu 24/6/11 (jumaat) yang Eim takkan pernah lupakan.. Eim
ber ‘sms’ dengan sorang komander ni (yang Eim kenal masa pergi Melaka dengan
Teman-komander libb dan budak budak CS part3). Komander ni nama dia Jija. Jija
bertanyakan Eim macam mana boleh berkembar dengan dia( twin Eim) terlanjur pula satu course, Eim pun cerita je la tak la penuh, pastu dia ada suruh turun band
room..memang waktu itu KO budak part3, so Eim memang pilih untuk tidak turun..
bila Jija tanya kenapa, Eim cakap jujur yang Eim ada krisis sikit dengan kembar
Eim tu. Then, Jija cuba nak betulkan keadaan, Eim just suruh Jija kirim salam n
minta maaf kat dia tapi dia balas satu ayat yang membuatkan hati Eim berangin, (walaupun waktu tu tengah melepak kat café baru campus ni..kat situ mmg bernagin
just sikit je..tapi bila baca saja sms itu terus angin kuat)…dia balas “sudah
la.. x yah nk bg 1001 alasan..” Eim minta maaf dan kirim salam tapi itu yang Eim
dapat.. memang down and sedih gila masa tu.. Jija cuba tenangkan Eim. Malam tu meeting
MTU, Eim sengaja buat buat ceria depan kawan kawan Eim, sebab tak adil la kan
kalau Eim bersedih ketika bersama dieorg, walaupun hati Eim ni sedih gila
gila..lepas habis meeting MTU sektor A kolej Eim, Eim pergi café NR tu lepak
dengan Jija..Jija asyik cakap Eim nak nangis je malam itu, memang..tapi Eim tahan je
la kan..takkan nak nangis depan dia..Jija bagi handset dia kat Eim suruh baca
apa yang kembar Eim hantarkan kat dia. Eim bacalah. Dari apa yang Eim baca tu Eim
cuma dapat buat conclusion yang dia tak perlukan Eim lagi..dia malas nak
fikir..sedangkan Eim tengah bersedih.. dia cakap Eim tak pernah nak balas sms dia?? mana ada sms dari dia.. Sedangkan dia yang tak balas chat Eim masa Eim tanyakan result exam dia... kalau dulu result dia ok ke tak ok ke dia tetap akan share ngan Eim.. sekarang masalah yang dulunya hampir
saja lenyap dari kehidupan menjelma semula.. Eim tak salahkan Jija sebab
bangkitkan isu ni tapi Eim……Eim tak tahu sekarang…yang Eim tahu Eim tengah down
gila..siapa yang boleh bantu Eim.. Cuma dia yang boleh paksa Eim buat apa saja……Eim
nak dia tahu ini bukan 1001 alasan……. Apa lagi yang harus Eim lakukan.. bagi
semua memang tak adil korang semua baca ni sebab ini hanya dari pihak Eim saja..
mungkin dia yang betul, Eim yang salah..apa pun Eim masih sayangkan kembar Eim..sebab
itu kat FB Eim tak pernah buang gambar dia kat wall Eim as my twin.. tapi kalau
keadaan memaksa mungkin Eim akan buang juga tapi Eim tak nak…..
__emotional unstable__
Bersama semua peserta LIBB |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletei know you can do it .
ReplyDeletei know you're strong .
i know you're not weak .
there's a reason why i did these .
furthering myself away before this feeling changes into something else , i think that's the best for me .
i know you can go through this because you're strong .
i'm sorry if what i did hurt you but never once was my intention to do so .
little that you know how much it hurts to kill this feeling . :')
stay strong , i'm always monitoring you from far :')
love,
-your gossip girl