Iklan

Followers

Friday, June 24, 2011

Bukan 1001 Alasan

dalam hati tertanya-tanya perlukah Eim tuliskan perkara yang buruk berlaku dalam hidup Eim dalam ruangan yag terindah ini..mungkin patut sebab Eim tak mampu nak simpan..sorry kalau ada yang tersakit hati dalam entry ini..andai kata perkataan sorry itu pun membuatkan org marah baiklah diam saja.. Eim terpaksa hold dulu entry bertajuk Bebas..sebenarnya dah siap tapi entry ini lagi penting mungkin...biarlah entry ini dulu Eim postkan..
cerita yang ingin Eim nak ceritakan ini mungkin menguris hati mana pihak..tapi mungkin dapat meleraikan permasalahn yang membelenggu..biarlah Eim tuliskan disini sambil ditemani air mata.. cerita ini dah pun di pendekkan.. untuk dia kalau dia bacalah : untuk seorang sahabat, seorang kembar, seorang adik, seorang yang memahami, seorang yang dikasihi, seorang yang dirindui, seorang yang pernah ada hati, seorang yang kini menjauhkan diri, seorang yang kini tak mampu ku hadapi..sebuah penyesalan yang bukan 1001 alasan..dan mengharap balasan..

Time makan kat LIBB
Bermula
Bukannya Eim ni jenis melayan sangat budak part1 masa LIBB tu..tapi tak tahu macam mana boleh melekat pula seorang budak ni dengan Eim.. Eim tak kesah sangat la..hubungan persahabatan kiteorg mmg baik..mungkin sebab persamaan kiteorg la..kiteorg sesama minat gadjet and technology.. paling best nama kiteorg seakan sama..that’s why kteorg jadi kembar..hmm..mmg pada awalnya dia yang lebih menunjukkan yang dia care pasal apa apa saja hal kami berdua..dan Eim macam tak kesah sangat..(dulu Eim pernah ada seorang adik angkat, tapi adik angkat Eim tu mengecewakan Eim, sebab die tunjukkan diri dia suci sangat masa awal pengenalan, rupa-rupanya dia tak sebaik yang dia sangka, tapi Eim tak boleh nak lepaskan dia sebab dah sayang, pastu rasa takut nak rapat dengan mana- mana orang lagi).. Hubungan Eim dengan kembar memang baik, sama- sama menjaga diri masing-masing. Movie pertama kteorg ialah Narnia, walaupun masa tu dia nak sangat tengok cerita Ngangkong. Hmm walaupun saat itu Eim demam tapi Eim tetap pergi bawa dia pergi Cineplex..kteorg selalu chattin kat FB..selalunya dia la yang akan hantar chat dulu..kalau Eim tak online dia akan sms suruh Eim online.. Eim pun online la temankan dia malam-malam sampai dia rasa nak tidur.. kalau merajuk dia akan susah hati (padahal tak merajuk pun just nak kenakan dia,hahaha) Eim masih simpan sms dia pujuk Eim..kelaka dapat kenakan dia..ketika itu memang Eim dah rasa sayang kat dia, tak tahu macam mana perasaan itu datang, mungkin sebab dia baik and caring. Dan Eim pula takda adik lelaki yang boleh share benda yang Eim buat (bosan). Dia sangat menjaga persahabatan ini. Permulaan yang cukup indah dengan memori yang terindah. Dari pada Eim tak kesah langsung pasal apa apa, dia buatkan hati Eim terbuka.

Mula Retak..
Cuti sem dah nak berakhir, dia masih lagi belum dapat keputusan kolej, Eim risau kalau dia tak dapat kolej.. skrg Eim pula yang lebih memulakan sesuatu.. Eim selalu sms dia masa dah nak naik semester..tapi dia reply macam nak tak nak saja. Dalam FB dia dah takda anta chat lagi kat Eim sperti ketika cuti sem.. hari pertama kuliah, Eim terserempak dengan dia, dia say hi, dan itu menenangkan hati Eim sbb Eim tahu dia masih lagi sahabat Eim..tapi bila dia semakin macam lupakan Eim , Eim rasa sakit hati.. apa saja yang Eim ajak dia tak boleh buat, yang paling sakit sekali tempat kiteorg selalu lepak dulu iaitu FB, kalau dulu pantang online mesti akan chat tapi dah tak lagi..(dulu Eim pernah bagitahu dia, lepas ni mesti dia dah tak perlukan Eim lagi) nampaknya gambaran itu semakin jelas umpama mimpi ngeri yang semakin hampir tiba. Eim teringat kan kisah adik angkat Eim yang dulu, macam macam benda bermain di kepala Eim, Eim mula rasa yang Eim patut menjauhkan diri dari dia. Mlm MPKP, lepas bagi ucapan mengenalkan kelab Eim, Eim keluar, Eim tak sangka yang dia ada kat luar, dan dia adalah exco kelab yang Eim nak sangat masuk (PH****)maybe sama sebab minat kteorg sama.. dia tegur Eim kat luar, Eim buat tak layan sebab Eim takut akan menyakitkan hati Eim sebab tujuan Eim untuk melupakan dia perlahan-lahan. Eim selalu mengadu kat kawan kawan masalah Eim dengan dia, Eim selalu menyalahkan dia, Eim selalu tanya kenapa persahabatan kteorg yang dulu dia sangat dijaga kini macam dah tak ambil kesah. Eim makin jauh dan makin jauh dari dia. Dia pun tak cuba nak kembali jernihkan apa yang dah keruh. Awan persahabatan kini lenyap. Dan Eim semakin benci kat dia tapi Eim bukan mudah untuk melupakan sahabat yang Eim dah sayang, inikan lagi bila dah ber “title” kembar..tapi Eim terpaksa buat semua ini untuk jaga hati Eim sendiri, bila kembar yang dulu sudah lupa menjaga hati Eim.
Menyesal
12:00 am Malam yang membuat Eim menyesal sangat.. malam itu Eim chattin kat FB dengan seorg kawan rapat Eim since part1 dia pun kenal kembar Eim tu.. Eim ceritakan masalah Eim kat dia, pastu dia buka cerita yang Eim tak pernah pun tahu pasal kembar Eim tu. Dia bagi tahu yang kembar Eim tu tak pernah nak ada siapa siapa dalam hidup dia sebab dia rapat dengan arwah atuk dia. Dan dia memilih Eim untuk menjadi sahabat rapat dia.( betul atau tak Eim tak tahu). Kali ini kawan yang selalu berada dipihak Eim seperti bertukar tempat berpihak pada kembar Eim. Dia cakap yang mungkin kembar Eim tu nak rapat dengan Eim tapi Eim yang tak layan dia sebab tu dia dah tak peduli. Saat itu Eim rasa bersalah sangat. Memang menyesal buat orang yang Eim sayang macam itu. Tapi tak tahu la macam mana lagi harus Eim buat. Jiwa Eim kacau sangat. Untuk menghilangkan rasa bersalah dan kecewa Eim itu, Eim terpaksa lupakan dia, dan dia tak pula cuba berbaik dengan Eim.. kisah kiteorg berterusan macam ni..jumpa tak bertegur, bertemu cuba mengelak, mengelak dari cuba berjumpa..
December
Eim dah tak mampu nak tengok muka dia lagi..bila bertentang Eim nak sangat bercakap dengan dia tapi seperti ada sesuatu yang menghalang Eim dari melakukan itu. Rindu sangat dengan dia. Eim kalau bercerita dengan kawan kawan Eim pasal dia mesti menyebut nickname dia yang Eim bagi iaitu “DECEMBER”.. nape december sebabnya Eim mula kenal dia masa bulan december. Lagu yang korang semua dengar ni adalah cara Eim minta maaf dari dia, Eim siap suruh penyanyi kegemaran kteorg nyanyikan lagi Back To December” by Taylor Swift (hahaha melawak jap)..mmg lagu inilah yang Eim selalu dengar dan buat Eim teringat kat dia. Lagu mengenai penyesalan Eim… kembali pada cerita tadi yer.. Eim dah makin lupakan dia, maybe sebab busy sikit dengan usaha Eim yang nak naikkan pointer yang dah jatuh masa part2 hehe..so part3 ni memang Eim usaha lebih..walaupun busy Eim ada jugalah teringatkan dia. Tamat final exam, cuti semester, cuti kali ini memang betul betul mengingatkan Eim pada dia.. sebab masa cuti sem lepas la kiteorg kenal dan selalu berhubung melalui FB tp kali ni tak..so Eim pilih utk pergi LIBB kali kedua supaya Eim boleh lupakan kenangan manis cuti semester lepas…
Tak Sangka..
Eim dah naik part4, Eim dah tak jumpa pun dia lagi..Cuma kadang kadang je teserempak tapi dari jauhlah..kadang kadang dekat pun rasa jauh. Hmm…semester ni memang bermula dengan baik.. hmm sampai hari semalam iaitu 24/6/11 (jumaat) yang Eim takkan pernah lupakan.. Eim ber ‘sms’ dengan sorang komander ni (yang Eim kenal masa pergi Melaka dengan Teman-komander libb dan budak budak CS part3). Komander ni nama dia Jija. Jija bertanyakan Eim macam mana boleh berkembar dengan dia( twin Eim) terlanjur pula satu course, Eim pun cerita je la tak la penuh, pastu dia ada suruh turun band room..memang waktu itu KO budak part3, so Eim memang pilih untuk tidak turun.. bila Jija tanya kenapa, Eim cakap jujur yang Eim ada krisis sikit dengan kembar Eim tu. Then, Jija cuba nak betulkan keadaan, Eim just suruh Jija kirim salam n minta maaf kat dia tapi dia balas satu ayat yang membuatkan hati Eim berangin, (walaupun waktu tu tengah melepak kat café baru campus ni..kat situ mmg bernagin just sikit je..tapi bila baca saja sms itu terus angin kuat)…dia balas “sudah la.. x yah nk bg 1001 alasan..” Eim minta maaf dan kirim salam tapi itu yang Eim dapat.. memang down and sedih gila masa tu.. Jija cuba tenangkan Eim. Malam tu meeting MTU, Eim sengaja buat buat ceria depan kawan kawan Eim, sebab tak adil la kan kalau Eim bersedih ketika bersama dieorg, walaupun hati Eim ni sedih gila gila..lepas habis meeting MTU sektor A kolej Eim, Eim pergi café NR tu lepak dengan Jija..Jija asyik cakap Eim nak nangis je malam itu, memang..tapi Eim tahan je la kan..takkan nak nangis depan dia..Jija bagi handset dia kat Eim suruh baca apa yang kembar Eim hantarkan kat dia. Eim bacalah. Dari apa yang Eim baca tu Eim cuma dapat buat conclusion yang dia tak perlukan Eim lagi..dia malas nak fikir..sedangkan Eim tengah bersedih.. dia cakap Eim tak pernah nak balas sms dia?? mana ada sms dari dia.. Sedangkan dia yang tak balas chat Eim masa Eim tanyakan result exam dia... kalau dulu result dia ok ke tak ok ke dia tetap akan share ngan Eim.. sekarang masalah yang dulunya hampir saja lenyap dari kehidupan menjelma semula.. Eim tak salahkan Jija sebab bangkitkan isu ni tapi Eim……Eim tak tahu sekarang…yang Eim tahu Eim tengah down gila..siapa yang boleh bantu Eim.. Cuma dia yang boleh paksa Eim buat apa saja……Eim nak dia tahu ini bukan 1001 alasan……. Apa lagi yang harus Eim lakukan.. bagi semua memang tak adil korang semua baca ni sebab ini hanya dari pihak Eim saja.. mungkin dia yang betul, Eim yang salah..apa pun Eim masih sayangkan kembar Eim..sebab itu kat FB Eim tak pernah buang gambar dia kat wall Eim as my twin.. tapi kalau keadaan memaksa mungkin Eim akan buang juga tapi Eim tak nak…..

__emotional unstable__


Bersama semua peserta LIBB

Tuesday, June 21, 2011

Rusted....

Wazzup...da lame tak update ruangan ni..dah rusted ahahaha..bukan apa sem lepas rasa malas sgt nak update.. sebab eim busy dgn study..semester lepas kena letak exra effort sikit sebab nak naikkan pointer...and eim  berjaya..lagi pula eim lebih suka tulis kat diary digital eim..dalam diary tu semua benda yang terjadi dalam hidup eim, eim akan tulis..rasa malas nak update blog ni masih lagi ada...tapi oleh sebab eim terbaca satu blog..blog budak campus eim gak..student Diploma in Computer Science.. blog dia amat sincere.. apa yang ditulis memang hasil dari hati dia..hmm mulai arini kalau eim tak sibuk..eim akan update blog ni... bukan followers yang eim nak..tp experience yang eim nk kongsi kan...since eim tak tahu apa nak cerita untuk kali ni..eim just nak recapped balik semula..apa yang jadi dalam hidup eim sekarang... hmm eim dah masuk Part4 , eim punya study gettin well...skrg eim stay kat bilik SR145..dulu mmg eim duk GF..tp skrg dah naik 1st floor..tapi selalu juga lepak kat bilik GF, since kawan-kawan rapat eim semua ada kat bawah..lagi satu memang kalau kat bawah tu senang sangat nak study..calm je..kalau ikutkan dah hampir sebulan eim masuk ke semester 4 ni...apa yang berlaku...semuanya masih lagi menunggu disetiap penghujung masa yang berlalu..jumpe eim dalam enrty yang akan datang...banyak yang eim nak cerita..coming soon mengenai "Kasih Sayang" dan "Bebas"...

Advertisment