Iklan

Followers

Tuesday, October 4, 2011

Fikirkanlah...

Memutuskan Silaturahim; Satu Dosa Besar


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:



”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

                                                                                                                                   Riwayat al-bukhari


Huraian:

i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.






:: credit to someone for the text..




"Friendship with oneself is all-important because without it one cannot be friends with anyone else in the world."
- Eleanor Roosevelt

Tuesday, September 27, 2011

Sebuah Perjalanan Baru...

Hmm.. semangat baru dah datang.. terima kasih pada dia yang dah berikan kata kata kesat yang begitu menyakitkan hati.. dan menyedarkan Eim bertapa bodohnya Eim.. kalau dari dulu lagi Eim dah tahu perangai dia macam tu.. pasti Eim tak pernah mahu mengenali dia.. memang diakui dalam hati Eim ni masih ada lagi sisa kasih sayang untuk dia.. tapi bila di fikirkan balik memang serious shit hahaha… pernah pula dia nak fikirkan mengenai Eim… sekarang Eim akan live my life as before I meet him.. (kembar konon katanya).. alah mudah sungguh rasanya untuk melupakannya.. buat macam tak kenal sudahlah..

 Take on your earphone, turn on the music and run towards your dreams”…
Take, Turn, Run

yeah, music.. musiclah yang menemani Eim biasanya, tak kira la kat mana or Eim buat apa.. kali ni juga Eim berharap Eim dapat buka pintu hati untuk menerima kawan rapat or maybe sahabat lain dalam hidup Eim… Dulu, Eim juga suka bercakap dengan diri sendiri sebelum buat apa keputusan.. dan Eim akan lakukanya sekali lagi.. seperti hidup Eim yang dulu…

Sekarang Eim hanya perlu menumpukan perhatian kepada perjalanan hidup Eim.. Eim takkan sia-sia kan hidup Eim hanya kerana seorang budak kecil… Eim ada semuanya dalam dunia ini.. Eim kena hargai mereka dan Eim tahu hidup Eim akan lebih sempurna dengan adanya mereka.. yang pasti mereka lebih menyayangi Eim.. terima kasih

Eim akan ubah blog ni nanti wat masa terdekat sebab Eim nak mulakan semula hidup Eim.. yela hidup Eim sebelum ini macam mana kan… mmg nak hidup macam dulu tapi hala tuju tetap maju

Advertisment