Iklan

Followers

Thursday, October 6, 2011

Tarian Jari Terakhir Semester 4

yang bermula pasti akan berakhir.. perjalanan Eim untuk part 4 ini dah pun berubah.. semakin lama semakin banyak yang Eim belajar.. about people around me, about feeling, about relationship, problem and so on.. semua experience itu tak mungkin dapat Eim rase kalau Eim bukan di tempat Eim sekarang ni.. Hmm Dalam part 4 kat UiTM Johor ni..takdalah teruk sangat pun.. paling kurang pun masalah pasal persahabatan..study sudah tentu la kan..hmm...  tetiba rasa sekejap sangat yang part 4 ni dah nak tutup tirai dia.. Eim sebagai pelakon di atas pentasnya perlulah mengundurkan diri buat seketika waktu.. hmm sebelum itu, nak bagitau yang Eim tak dapat kolej untuk sem depan..huhuu... apa pun mengikut nasihat kawan2 Eim buat rayuanlah..sebelum balik semua Eim dah settle kan..hmm now sedang taip entry ni baru je lepas bersihkan bilik sebenarnya.. terlanjur tak ramai orang ni.. gunalah wifi student..boleh tahan laju la.. budak2 ni la yang selalu cakap..kalau hujung sem camni..dah ramai yang balik...wifi jadi laju... :D
sambil taip try dengar lagu feveret artist Eim Bruno Mars- Lighters... best best best...
barang semua dah siap kemas.. dah letak bawah pun.. bilik kawan Eim..bilik yang selalu Eim lepak.. esok parents Eim datang..tinggal masukkan dalam kereta and blah ahahhahahaha....
hmm berakhir sudah part 4 yang boleh dikatakan mencabar juga..pelbagai masalah Eim lalui, pelbagai jenis orang Eim temui.. dan dari situ Eim pandai menilai mana satu kawan mana satu lawan...
bye..bye part4..

Tuesday, October 4, 2011

Fikirkanlah...

Memutuskan Silaturahim; Satu Dosa Besar


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:



”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

                                                                                                                                   Riwayat al-bukhari


Huraian:

i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.






:: credit to someone for the text..




"Friendship with oneself is all-important because without it one cannot be friends with anyone else in the world."
- Eleanor Roosevelt

Advertisment