Nak block block la…hahaha… tak
tahu nape kawan Eim ni asyik ulang cakap nak block Eim dalam facebook je.. apa
maknanya pun Eim tak tahu.. mungkin dia sengaja nak kenakan Eim.. yela ada kena
mengena dengan block mem“block” ni.. siapa lagikan.. kadang-kadang memang
annoying.. tapi kalau itu gurauan Eim terima jelah walaupun Eim ade rase sikit
sakit hati.. kisah sedih Eim dijadikan bahan lawak pula..tapi oleh kerana
diaorang semua kawan Eim, Eim tak kesah.. by the way readers, Eim selalu
mengingatkan diri Eim yang kena block ni bukan satu musibah walaupun dari orang
yang kita sayang tapi mungkin ada hikmah.. hmmm tapi kadang-kadang terasa juga
perasaan negative dalam kotak fikiran ni.. nak tahu apa yang Eim fikir, Eim
fikir yang mengapa Eim dan dia lemah sangat..tak mampu pertahankan persahabatan
kitaorang..senang sangat musnah..apapun perasaan menyesal kenal dia memang tak
pernah ada dalam hati Eim mengenali dia, sebab dia begitu sempurna sebagai
teman baik dan Eim dah sia-sia kan dia..dan dia juga dah mensia-siakan Eim..setelah
lama cuba pertahankan akhirnya dia letakkan noktah persahabatan itu dengan cara
mem “block” Eim dalam facebook..tempat Eim dan dia mengenali antara satu sama
lain..memang diakui penat dan lelah bila percubaan sentiasa gagal..tapi demi
orang yang disayangi semua itu takkan terasa..dan harus juga diakui sekarang
harus Eim tempuhi hidup ini tanpa dia..walaupun bayangan dia selalu ada..harus
ku butakan mata namun bukan hati..banyak lagi manusia yang ingin berkawan dengan Eim tapi Eim sepertinya tak mampu nak lupakan dia...kadang-kadang semangat itu ada untuk gunakan orang-orang baru yang ingin mengenali dan berkawan rapat dengan Eim sebagai penganti dia...tapi hmm...biarkan masa menentukannya....Readers, wish me the best...
Readers, Eim nak ingatkan korang semua jagalah sahabat itu sebaiknya mungkin dia yang terbaik untuk korang..dan jadilah sahabat yang sejati tak memilih kondisi..
P/s: Zul sakit hati aku la...now I know how it's feel to be blocked... :'(
Readers, Eim nak ingatkan korang semua jagalah sahabat itu sebaiknya mungkin dia yang terbaik untuk korang..dan jadilah sahabat yang sejati tak memilih kondisi..
P/s: Zul sakit hati aku la...now I know how it's feel to be blocked... :'(